Wednesday, April 27, 2011

. . .

Hari dah petang...skang jam 5:52 petang but aku still kat opiz....de keje ciket sambil melayan perasaan..huhuhu...lagu nie membuatkan aku melayang-layang diawangan...nk taw tak lagu aper??..haa..lagu dye BILA WAKTU TELAH BERAKHIR nyanyian dari opick...syahdunyerrrrr..........

Awak Jaga Diri Baik-Baik ;-)

Luahan Hati - Apit ( ORIGINAL )

Okay - Ku relakan dikau pergi

Tuesday, April 26, 2011

Masih Adakah Sayang..??

Your answer??

I will answer, yes..., kenapa? usah ditanya... perlukah perasaan sayang itu ada jawapannya?.. bagi sesetengah org mungkin ya.. antara jwpannye mungkin sayang sebab dia syg saya, syg sebab dia baik, dia kiutt,,, dia poket penuh... dia melayan saya seperti seorg raja??? but for me... that not the best reason why i sayang sum1... sayanglah dengan penuh keikhlasan, biar bagaimana dia kelihatan, berapa tebal @ kempisnya poket dia, biar baik@kelakarnya dia.... yang penting saya bahagia dan selamat di sisinya.... selamat???? hhhuhu.. mksud sy dia mgkin menjdi rebutan ramai, tpi kamu akn nmpak yg seluruh kasih sygnya tumpah hanya kepadamu.... mgkin x kan 100% .. mgkin x kan 90%... tapi mgkin hanya 60%... sebab?? dia bukan milik kamu seorang..... dia juga mmpunyai keluarga... ada komitmen pada tugas... dan x mustahil dia juga ada spare part... huhhuhuhu... teman tapi mesra mungkin lebih sesuai kot.... emm... ia berlaku...

Tapi sayangkah kamu?

padanya lagi pabila satu hari terbongkar rahsia yang mgkin membuatkan hatimu berkecai luluh dan mata mula berkaca2?? seperti apa?? hmm.. mungkin kamu bermadu ksih?? dia sygkan kamu, dan dia juga sygkan seseorg yg lain??.. atau dia mgkin pernah buat silap dlm kehdpan yg lepas sebelum bertemu dgnmu???? sayangkah lagi kamu padanya???? tepuk dada tanyalah hati... mgkin kepercayaan itu sudah semakin pudar.. tapi kasih syg tetap ada.. teruskan atau tidak?? setiap insan seharusnya patut diberikan kesempatan kali kedua... untuk menebus dan membuktikan kesetiaanya kepada org yg disayangi... tu pun kalu yakin dia da insaf,,,, huhuhu.. kalu pmpuan ni cepat jerk percaya,,, so do i... hati ckup lembut dgn janji2 yg terungkap... bila dah syg.... kesempatan ketiga???? mungkinkah ada lagi??? mampukah anda? mampukah saya??? terus terang saya tidak mampu... harus sampai bila kesempatan itu diberi??? andai hati yang diserah utk dijaga rapi dikhianati buat kesekian kalinya.... hanya yang pernah merasa kecewa akan mengerti... betapa sakit dan tersiksanya jiwa dan perasaan... bagi yang mempunyai perasaan la.. bagi yg x der rasa tuh, wallahualam... hm.. ckup2 la kecewakan org...

Peringatan buat diri ini jua...
Buatmu yg jauh disana.... maaf andai diri ini diam seribu bahasa...
Buatmu yg setia disisiku,,,, kita teman tapi mesra.....
Buatmu yg wujud didalam hatiku.... setialah pada kata2mu... biar ada yg dtg menduga....

Hati ini terlalu rapuh.... usah yg pernah retak itu ditambah rekahnya.......,

kamu sentiasa dihati ini

Pada siapa..????

Siapa yang mahu mendengar kesakitan ini berbicara?? Tidak terluah pada kata-kata, tidak pada kamu, kamu, mahupun kamu..... hanyaa Dia..., akhirnya membuatkan ku lebih terdorong untuk mencoret seungkap kata keramat yang tak mampu ku luah padanya.... sy rindu awak.... awk dengar x? saya rindu awak..... :(

Pada siapa harus ku luah?
Tiada yang mampu ku luah biar secoret kata.... biarlah ia kusimpan kemas dalam diari hati ini, lalu lahirlah TERATAK ABADI... menjadi medan utkku meluah kata, melahirkan segala panahan kata-kata yang terpendam jauh dari sudut hati ini, Yang x mampu digapai, diselami dengan hati yang x pernah memahami...

Pada Siapa harus ku luah?
Andai rasa sakit merindu pada yang mungkin telah jauh pergi... atau sekurang-kurangnya telah sedetik lebih meminggir diri ini hanya kerana sedikit salah bicara... Mungkin aku yang bersalah meluah kata yang mengggores rasa hatinya, namun ia ikhlas ku katakan padanya.... aku tidak mampu bekongsi rasa tentang dia dan masa silamnya... salahkah aku?

Pada siapa harus ku luah?
Andai rasa sedih menghantui diri ini setiap detik dan ketika, tika bayang bersamanya menjelma? pada siapa? pada dia?? mungkin tidak...., Mungkin aku kelihatan seperti biasa dengan mata kasar manusia, tapi jauh disudut hati ini tersimpan satu rasa ynag sukar dimengerti... aku mahukan dia... seperti suatu masa dahulu... setia menemani diri ini... hanya dirinya... tanpa ditemani masa-masa silamnya.... mungkinkah???

Tiada lagi kata madah merayu untukmu.. Tiada lagi ratapan sayu kan ku layarkan.. Kerana berpijak kita pada realiti.. Antara aku dan kamu sudah nyata.. Aku punya rasa biarkan saja kan pudar..

T_T

Deep in my heart, I'm suffering, knowing that I've lost you. On the outside, I'm living, pretending that I've forgotten you...

Apa Itu Cinta?


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa. 

Sifat Cinta 
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. 

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. 

Cinta Bersedia 
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai. 

Cinta Itu Indah 
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih. 

Cinta Itu Mengharap Balasan 
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima. 

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya. 

Cinta Itu Mengetahui 
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup 
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati. 

Cinta Itu Suci 
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona 
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta. 

Apakah itu Bukti Cinta? 
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Monday, April 25, 2011

wish ...


i'm trying to be strong everyday....i want to hug the m00n and keep it close to my heart but what can i say....im just ....................


Hope

segalanya abadi dalam memori....setiap apa yg berlaku dan yg telah berlalu mngajar aku erti sebuah harapan dan kehidupan...harapan??ermmm...masih adakah harapan itu..???hurmmmm

aku da berada jauh disini...dan tk kan aku berpaling menoleh ke belakang lagi..langkah ini dah ku aturkan.., supaya melangkah terus maju ke hadapan..supaya tetap berpijak di bumi nyata..bukn di alam fantasi yg sentiasa ku imaginasi..

waaa....mimpi..??indahnyer mimpi...yg sering mmbuatkan aku melupakan stiap apa yg telah aku lalui...ermm...,sampay da jd mcm2 pown..,masih nk mncari lagi...huh.pasni da xmau da lalui prkara mcm tue lg...rasenyer..,da cukup matang tuk melewati hari2 mndatang nie....^_^

pasnie...,?pe yg akn brlaku pasnie..??? pe erk......hurmmmm....

tah la...pe yg berlaku esok...lusa..tulat...tubir...n so on....aku xtaw....n xnk amik taw....huhu.....pe yg aku tahu...,aku nk menikmati hari ini......kerna andai esok xku temui...,sudah memadai aku berbahagia dgn hari ini........