Friday, May 20, 2011

Jika tanpa wanita....

 

 
Jangankan lelaki biasa , Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita . Tanpa mereka , hati , fikiran dan perasaan lelaki akan resah . Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya . Apa lagi yang tidak ada di syurga , namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu , isteri atau puteri . Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki , tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus , tak mungkin mampu nak meluruskan mereka . Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah , kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Mereka.Didiklah mereka dengan panduan dariNya .

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA , NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR .
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA .

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah . Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal, disitulah suisnya

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA , KUATKAN DENGAN IMAN . PERASAAN SELEMBUT SUTERA , HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan .
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka , walaupun tidak jadi ratu cantik dunia , presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator . Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan . Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan , kerana rahim wanita yang lembut itulah yang Mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan , jutawan dan " wan-wan" lain .

TIDAK AKAN LAHIR SUPERMAN TANPA SUPERWOMAN

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya , pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan .
Tanpa ilmu , iman dan akhlak , mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.

LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH
PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH
LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan . Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri , apalagi mengenal lelaki.Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary , bahkan anak pun akan kehilangan ibu , suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.Bila wanita derhaka dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk patah , rosaklah jantung , hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan . Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah.

PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.

Jinakkan diri dengan Allah , nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI